Monday 26 August 2013

6 Manfaat serai untuk kesihatan


Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi 
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

4 tips mudah untuk dapat bahu seksi


Inginkan bahu seksi? Sebelum itu anda perlu tahu bahawa tiga otot bahu yang perlu anda latih dengan baik terletak di bahagian depan, sisi dan belakang. Selain itu, otot deltoid yang bertindak membentuk bahu terdiri daripada tiga kumpulan otot yang masing-masing berpunca dari 'titik' bebeza tetapi bersatu di bahagian hujungnya iaitu di atas lengan. 

Mari lihat senaman ringkas yang boleh membantu anda mendapat bahu seksi. Walaupun senaman ini khusus untuk otot bahu, namun ia juga secara langsung melibatkan bahagian atas badan anda juga akan mendapat manfaatnya. 

Angkat beban 
Pilih berat beban di antara 25 hingga 30 peratus daripada berat badan anda. Sebagai contoh, jika berat anda ialah 60 kilogram, maka berat beban yang anda perlu pilih ialah sekitar 18 – 20 kilogram. Jika anda mendapati anda mampu mengangkat lebih berat daripada itu, pastikan anda melakukan secara perlahan dan berperingkat. Anda pasti tidak mahu otot anda cedera akibat paksaan yang dilakukan. 

Kardio
Adalah lebih baik untuk anda melakukan senaman kardio 20 minit selepas angkat beban. Latihan kardio bertujuan membakar lemak dalam badan. Pastinya, anda akan mendapat manfaat berganda jika anda melakukan dua jenis senaman ini secara berterusan. 

Angkat lengan ke bahu 
Luruskan tangan anda ke atas dan bengkokkan tangan membentuk sudut 90 darjah. Anda boleh melakukan senaman ini di mana sahaja anda berada termasuk di tempat kerja! 

Tekan Tubi 
Takan tubi merupakan senaman yang paling ringkas. Malah anda boleh melakukannya selepas bangun dari tidur. Lakukan tekan tubi sebanyak 30 kali sehari selepas bangun tidur dan lakukannya setiap hari, anda pasti akan lihat hasilnya tidak lama kemudian.

sumber;Tupai.com

Sunday 25 August 2013

Derita kencing tidak terkawal


Kebocoran kencing akibat inkontinens tekanan (stress incontinence) biasanya dialami warga tua, individu yang mengalami keadaan yang menyebabkan kenaikan tekanan terhadap pundi kencing seperti batuk kronik dan masalah sembelit, serta yang mempunyai berat badan berlebihan.
Bagi wanita, masalah ini sering dikaitkan dengan mereka yang melalui proses bersalin traumatik, melahirkan ramai zuriat dan menjalani pembedahan membuang rahim.
Lelaki jarang mengalami masalah kencing tidak terkawal. Kalau ada pun, penyakit ini biasanya dialami mereka yang selesai menjalani pembedahan prostat, radioterapi untuk kanser prostat dan yang mengalami kecederaan saraf tunjang.
Pembedahan untuk masalah prostat kadangkala boleh menyebabkan kerosakan saraf di sekeliling prostat dan menjadi punca penyakit lemah kawalan kencing.
Foto
PEMBEDAHAN prostat boleh menyebabkan kerosakan saraf dan menjadi punca penyakit lemah kawalan kencing.
Masalah ini lebih kerap berlaku dalam pembedahan kanser prostat berbanding pembedahan untuk masalah bengkak prostat.
Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, lelaki yang mengalami kecederaan pada saraf tunjang akibat kemalangan, penyakit atau kanser saraf tunjang, pembedahan saraf tunjang atau mereka yang dilahirkan dengan kecacatan saraf tunjang cenderung mengalami masalah kebocoran kencing.
“Kebanyakan lelaki yang mengalami inkontinens tekanan akan mengadu mereka mengalami kebocoran apabila melakukan aktiviti berat, ketawa, bersin atau mencangkung. Kadangkala, inkontinens tekanan dikaitkan dengan jangkitan kuman bahagian saluran kencing,” katanya.
Ia penting untuk membezakan inkontinens tekanan (stress incontinence) dengan kebocoran akibat pundi kencing yang terlalu aktif (urge incontinence) dan kebocoran akibat limpahan pundi kencing (overflow incontinence) kerana simptom dan rawatan antara masalah berkenaan begitu berbeza.
Punca kebocoran kencing:
1) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.
2) Pembedahan membuang prostat yang membesar, membabitkan satu hingga tiga peratus (%) kes (disebabkan kecederaan saraf pelvik yang mungkin berlaku ketika pembedahan).
3) Selepas pembedahan kanser prostat, membabitkan 3% hingga 43% (juga disebabkan kecederaan saraf pelvik).
4) Selepas radioterapi untuk kanser prostat, membabitkan 1% hingga 16%.
5) Kecederaan saraf tunjang – saraf tunjang penting untuk mengawal semua pergerakan. Kerosakan saraf tunjang mengakibatkan kegagalan mengawal pundi kencing dan masalah hilang daya kawalan kencing.
“Saraf tunjang rosak bukan saja boleh mengakibatkan masalah kawalan kencing, juga menyebabkan kelemahan ereksi dan masalah buang air besar.
“Masalah ini biasanya dihadapi golongan muda, misalnya yang terbabit kemalangan jalan raya dan mengalami lumpuh.”
Cara pesakit dinilai:
  • Mencari punca kencing tidak terkawal.
  • Tahap kebocoran kencing (kekerapan menukar lampin dan bilangan lampin dipakai).
  • Menentukan sama ada wujud masalah kecederaan saraf tunjang.
  • Perlu menilai jika wujud kencing kotor, darah dalam kencing, kanser pundi kencing atau halangan dalam aliran pundi kencing akibat batu karang atau prostat yang besar.
  • Masalah sosial/rasa malu dihadapi disebabkan kebocoran kencing.
Masalah berkaitan kebocoran kencing:
  • Mudah mengalami jangkitan kuman. Apabila sering mengalami kebocoran kencing, pesakit akan dipakaikan lampin pakai buang. Air kencing biasanya terperap beberapa jam yang menyebabkan keadaan kotor, jangkitan kuman atau luka kulit punggung.
  • Tidak ekonomi – kos menggunakan lampin pakai buang mahal.
  • Bebanan kepada keluarga yang menjaga pesakit.
  • Bau kencing menyebabkan pesakit hilang keyakinan diri. Mereka mengelak bergaul dengan orang ramai.
  • Tidur tidak lena (perlu kerap menukar lampin).
Rawatan:
  • Rawatan kebocoran kencing dengan ubat kurang berkesan.
  • Lakukan senaman – fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik.
  • Ramai lelaki menggunakan kaedah ‘penile clamp’ (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet.
  • Kurangkan berat badan.
  • Elakkan merokok.
  • Pembedahan – jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu ‘male sling’ (sling lelaki) dan ‘artificial urinary sphincter’ (sphincter kencing tiruan)
Sling lelaki: pita dimasukkan ke dalam sekeliling saluran kencing untuk mengetatkan saluran kencing secara berterusan. Pesakit mudah menguruskan buang air kecil apabila ingin berbuat demikian. Kaedah itu boleh membetulkan anatomi pelvik lelaki ke posisi asal. Pita ini memang sesuai di dalam badan dan tidak menyebabkan sebarang masalah.
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang mengalami kebocoran tahap ringan atau sederhana. Sekiranya seseorang mengalami kebocoran teruk seperti paip air, kaedah ini tidak sesuai.
Tahap kejayaan – melebihi 90%
Sphincter kencing tiruan: rangkai sentiasa dipenuhi dengan air untuk menutup saluran kencing. Apabila hendak membuang air kecil, pesakit perlu memicit pam untuk mengepam air ini ke arah takungan. Ini akan membuka saluran kencing dan membolehkan air kencing dari pundi mengalir keluar. Selepas dua minit, air dari takungan akan kembali ke rangkai dan menutup saluran kencing. Ia digunakan oleh pesakit yang mengalami kebocoran kencing yang serius.
Tahap kejayaan – melebihi 90%
Sumber : Hmetro Online

Thursday 22 August 2013

PANTANG LARANG IBU SELEPAS BERSALIN




Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.
Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis bukuEnsiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan “penyawa” wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.
Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.
Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.
Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu kini.

Wednesday 21 August 2013

AIR KENCING BERDARAH?|PENYEBAB DAN RAWATAN KENCING BERDARAH

Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Ketika saya mula-mula mengalaminya dulu,saya menjadi agak panik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada saya.Jadi,pada artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing mengandungi darah.

Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis inidipanggil sebagai microscopic hematuria.
Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.
Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.
Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.
Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.
Diagnosis
Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan ataumagnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.
Rawatan
Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.

TIPS MERAWAT SAKIT GASTRIK



Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda mencuba 8 TIPS MERAWAT GASTRIK…
1. Susu kambing
Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
2. Daun betik
Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.
3. Akar patawali
Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.
4. Selaput tunggul
Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.
5. Daun sembong
Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.
6. Daun mengkudu
Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.
7. Daun bunga lili
Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.
8. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.
sumber : Celapikt forum

Tuesday 20 August 2013

SEMBELIT BAYI|CARA MENGATASI SEMBELIT BAYI

SEMBELITSembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan iamenyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
LangkahAnda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2LZai7wDv

Masa Sesuai Untuk Uji Kehamilan|Cara Uji Kehamilan

cek kehamilanAnda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.
Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.
Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.
Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh anda hamil.
Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.
Ketepatan Ujian
Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.
Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.
Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.
Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.
Langkah Demi Langkah
1. Baca Label Dan Arahan  Dan Teliti Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin Disertakan Untuk Memastikan Anda Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan Tersebut Termasuklah :
- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.
- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.
- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.
2. Ikuti Semua Arahan
Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih berupaya untuk berfungsi dengan baik.
3. Rujuk Doktor
Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan ujian yang diperoleh.
sumber: Mummynemo

Monday 19 August 2013

Derita Pesakit Progeria: Berwajah Tua Walaupun Baru Berusia 12 Tahun

BELLON tetap menyayangi anaknya biar pun dilahirkan dengan penyakit yang menyebabkan kepalanya botak, mata tersembul dan kulit berkedut nipis seperti seorang lelaki tua.
DI sebalik senyuman menawan dan personaliti tersendiri, pemilik nama Ontlametse Phalatse tidak kelihatan seperti kanak-kanak sebayanya. Walaupun hanya berusia 12 tahun, kanak-kanak yang mempunyai cita-cita tinggi menjadi ahli psikologi itu kelihatan seperti orang dewasa.
Bahkan, doktor menjangkakan kanak-kanak malang itu hanya mempunyai jangka hayat kira-kira dua tahun lagi untuk meneruskan sisa kehidupan apabila didiagnosis menghidapprogeria.
“Saya menggelar diri saya sebagai wanita pertama kerana merupakan kanak-kanak kulit hitam pertama yang mempunyai penyakit ini.
“Adakah anda mengetahui kanak-kanak kulit hitam lain yang mempunyai penyakit serupa dengan saya,” ujar kanak-kanak itu ketika ditemui di rumahnya di Hebron berdekatan Pretoria di Afrika Selatan.
Ontlametse merupakan kanak-kanak kulit hitam tunggal yang masih hidup didiagnosis progeria. Ia merupakan penyakit yang jarang ditemui dan keadaan genetik mati sehingga mempercepatkan proses penuaan. Dikatakan pesakit itu hanya ditemui seorang dalam lapan juta kelahiran.
Selain daripada Ontlametse, dua kanak-kanak kulit hitam pernah didiagnosis mempunyai progeria tetapi, telah meninggal dunia di Amerika Syarikat dan Belanda.
PADA usia 12 tahun, saiz fizikal Ontla metse ternyata berbeza dengan rakan sekelasnya.
Tidak ada siapa yang mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak mempunyai progeria.
Bagaimanapun, pakar-pakar menganggarkan terdapat kira-kira 200 hingga 250 kanak-kanak menjalani kehidupan sebagai progeria pada satu masa.
Ibu Ontlametse, Bellon Phalatse berkata, bayinya kelihatan normal sewaktu dilahirkan tetapi, menyedari sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.
Bayi tersebut sering menderita akibat ruam dan apabila mencecah usia tiga bulan Bellon menyangka dia mempunyai penyakit kulit.
“Sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama, rambutnya mula gugur, kuku kelihatan tidak normal dan mempunyai masalah kulit malah, sering mengunjungi doktor,” kata ibunya.
Tatkala usia baru mencecah tiga tahun, nasib malang terus membelenggu kanak-kanak malang itu apabila bapanya meninggalkan keluarga.
Walaupun, sering kali sakit, Ontlametse telah mendaftar memasuki alam persekolahan ketika berusia 6 tahun.
Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, apabila keadaan fizikal yang kecil dan kurus telah menyebabkan dia sering kali menjadi subjek penghinaan oleh rakan sekelas serta guru kerana disangka menghidap AIDS.
Afrika Selatan mempunyai catatan tertinggi penduduk hidup dengan AIDS berbanding negara lain tetapi penyakit tersebut masih memberi stigma kepada gaya sosial penduduk.
“Ia sangat teruk, saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan apa yang terpaksa diharungi oleh kami,” kata Bellon.
Hanya pada dua tahun lalu, keadaan mula berubah apabila seorang kawan doktor mencadangkan agar Ontlametse menjalani ujian progeria dan memberi buku mengenai penyakit tersebut.
Walaupun mempunyai latarbelakang berbeza, kanak-kanak yang mempunyai progeria kelihatan seakan-akan sama.
Kanak-kanak itu kecil, mempunyai kepala yang besar dan botak, mata seperti tersembul serta tangan berbonjol-bonjol.
Mereka juga menderita akibat kulit nipis sekali gus kelihatan rangkaian urat biru di kepala bagi kanak-kanak berkulit cerah.
Bellon berkata, apabila urat anaknya membonjol, secara semula jadi naluri hati ibunya mengetahui Ontlametse mempunyai progeria dan doktor mengesahkan diagnosis tersebut.
“Kini, saya sangat gembira kerana telah memahami apa yang menyebabkan progeria,” kata Bellon.
Kebanyakan kanak-kanak dengan penyakit itu akan meninggal dunia apabila berusia 13 tahun tetapi, diagnosis tersebut memberi pemahaman dengan lebih mendalam untuk memastikan Ontlametse hidup dengan lebih lama.
Pemeriksaan di AS
Dalam pada itu, setiap kali musim cuti persekolahan, Ontlametse dan ibunya akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti pemeriksaan dan penyelidikan ditaja Pertubuhan Penyelidikan Progeria di Hospital Kanak-Kanak Boston.
Penyelidikan dilakukan memberi peluang kepada dia menerima ubat terkini yang masih belum berada di pasaran lagi.
Apabila berada di negara asal, mereka berdepan kesukaran mendapat diet sihat yang diperlukan kanak-kanak itu.
Bellon yang tidak bekerja hanya bergantung harap kepada elaun hilang upaya yang diberikan kerajaan sebagai sumber rezeki keluarganya.
“Kadangkala apabila ibu mempunyai wang, dia akan membeli daun selada dan timun untuk dijadikan salad sebagai hidangan kami,” katanya.
Peka terhadap kepalanya yang botak, Ontlametse akan sentiasa memakai topi apabila berada di sekolah. Salah satu senarai permintaan kanak-kanak malang itu adalah mempunyai rambut palsu yang direka khusus untuk dirinya.
Dia mempunyai dua orang kawan baik di dalam bilik darjah tetapi, tidak semua rakan kelasnya memberi layanan baik terhadapnya.
“Saya tidak kisah apa yang orang memperkatakan tentang diri saya. Saya juga manusia seperti mereka,” katanya sambil menggerak-gerakkan tangan yang mempunyai artritis, jari-jemari kelihatan berbonjol dan kuku pudar.
Tidak seperti di sekolah, tatkala berada di dalam rumah berbatu-bata yang terletak di bandar kecil Hebron kira-kira 80 kilometer utara Johannesburg, Ontlametse pasti akan menanggalkan topi.
Seperti kanak-kanak sebaya dengannya, dia akan melakukan kerja rumah, membaca, menonton televisyen dan membuat kerja harian.
Bagaimanapun, dia tidak dapat melakukan aktiviti fizikal sukan kerana akan memenatkannya.
Ontlametse yang mempunyai semangat kuat menyimpan cita-cita ingin bergelar sebagai ahli psikologi pada suatu hari nanti,
“Saya ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain agar mereka dapat menerima keadaan diri seadanya kerana saya menerima siapa diri saya,” katanya.
Bagaimanapun, untuk melihat dia hidup begitu lama memerlukan satu keajaiban.
Kanak-kanak yang mempunyai progeria akan meninggal dunia ketika berusia antara 8 hingga 21 tahun akibat serangan jantung.
Mereka juga akan menderita akibat tekanan darah tinggi, strok, angina dan hati membesar.
Mengenal pasti penghidap progeria
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Penyelidikan Progeria, Audrey Gordon berkata, terdapat beberapa lubang hitam dalam peta di pejabatnya bertaburan dengan penanda berwarna menunjukkan penemuan kanak-kanak hidup bersama progeria.
“Kita mengetahui terdapat kanak-kanak yang menghidap progeria di Afrika, China dan Rusia tetapi, tidak dapat berhubung dengan mereka,” ujarnya lagi.
Dia berkata, penyelidikan mengenai progeria memperoleh banyak kejayaan selepas keluarganya menubuhkan pertubuhan tersebut pada tahun 1999 selepas anak saudaranya didiagnosis menghidap penyakit tersebut.
Pada tahun 2003, pertubuhan berkenaan menjadi pemangkin dalam penemuan gen progeria.
Dia berharap dapat membantu dalam memberi jawapan mengenai proses penuaan semula jadi dan penyakit kardiovaskular.
Sementara itu, saintis pertama yang menemui gen tersebut dan kini bertindak sebagai Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan, Dr. Francis Collins berkata, kanak-kanak yang menghidap progeria muncul secara mengejut.
“Tiada sejarah keluarga, tiada amaran, tiada sebab menunjukkan ia akan berlaku,” katanya.
sumber:mummynemo.com

Penyakit Endometriosis|Simptom Dan Rawatan

endo

Penyakit endometriosis biasa berlaku di seluruh dunia. Dianggarkan seorang daripada setiap 100 orang wanita disah menghadapi endometriosis. Penyakit ini boleh terjadi dari saat seseorang mula mengalami haid sehingga proses menopaus bermula.
Lapisan dinding dalaman rahim dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabkan dinding endometrium menebal dan diselaputi saluran darah supaya seseorang itu bersedia untuk hamil.
Jika tiada persenyawaan berlaku di dalam rahim, kadar hormon akan jatuh dan menyebabkan endometrium luruh dan menjadi darah haid.
Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, di bahagian ovari, usus atau pundi kencing. Tisu endometrium asing yang tumbuh di luar rahim dipanggil endometriosis.
Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometrium asing turut membesar seperti tisu endometrium di dalam rahim. Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan tertutup.
Maka, pendarahan menyebabkan keradangan di endometriosis dan menyebabkan kesakitan.
Simptom
Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang simptom tetapi ramai mempunyai satu atau lebih simptom berikut:
* Sakit teruk di bahagian pinggul (pelvik)
* Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
* Sakit semasa qada’ hajat dan/atau semasa haid
* Selalunya pendarahan haid yang banyak
* Pendarahan sedikit (spotting) di antara tempoh haid atau beberapa hari sebelum haid
* Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar mengandung secara semulajadi. Endometriosis merupakan faktor ketiga tertinggi menyebabkan kemandulan.
Diagnosis
Untuk mendiagnosis endometriosis, terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya pemeriksaan fizikal dan pinggul (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca lain yang memberikan kesakitan dan masalah.
Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.
Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.
Laparoskopi adalah satu prosedur di mana doktor akan memasukkan alat kamera ke dalam tubuh pesakit melalui lubang yang dibuat di bahagian abdomen pesakit. Jika bahagian itu ada endometriosis, maka melalui alat laparoskopi, doktor akan memotong dan membuang tisu endometriosis tersebut.
Rawatan moden
Mengikut teori, endometriosis tidak dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptomnya boleh dikawal. Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopaus.
Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.
Ubat penahan sakit – seperti ibuprofen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada lapan daripada 10 orang pesakit yang mengalami kesakitan abdomen.
Jika anda tahu haid akan bermula, ambil ubat penahan sakit sebelum haid atau apabila sakit abdomen baru bermula.
Pil Perancang Keluarga – Hormon daripada pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada bengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.
Gonadotropin-releasing Hormone Agonists (GnRH) – GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat daripada GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari. Akibatnya, wanita mengalami menopaus. Ini hanya untuk sementara. Kesan sampingan seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.
Pembedahan – Untuk membuang tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun melalui laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis teruk dan sudah tidak mahu hamil lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.
Endometriosis
dan mandul
Sehingga kini, belum ada penjelasan sebenar kenapa endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Kemungkinan, endometriosis mengubah lapisan endometrium di dalam rahim hingga menyebabkan embrio tidak boleh melekat ke dinding rahim atau endometriosis mungkin menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat dan menghalang telur tersenyawa daripada sampai ke dinding rahim.
Pembedahan membuang ketumbuhan endometriosis selalunya sangat membantu untuk pesakit hamil. Bagi mereka yang masih belum hamil selepas rawatan endometriosis, rawatan kesuburan in-vitro fertilization atau IVF boleh dicadangkan.
sumber:Mummynemo.com