Monday 16 September 2013

Cegah masalah mulut & nafas berbau


Anda sedang berbual dengan seseorang dan kelihatannya seperti dia cuba untuk menjauhkan wajahnya dari anda. Si dia juga mempamerkan wajah seolah-olah dia kurang selesa tetapi lebih teruk lagi jika dia terus menutup mulutnya sepanjang tempoh perbualan berlaku.

Situasi kurang menyenangkan ini mungkin atau tidak pernah anda alami tetapi bagi seseorang yang menghadapi masalah mulut dan nafas berbau, perkara ini mungkin mengganggu aktiviti sosial dan menjejaskan penampilan diri.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berkerjaya dan perlu sentiasa berhadapan dengan individu-individu tertentu. Sememangnya ia menjejaskan kualiti kerja dalam konteks perhubungan sama ada secara profesional atau tidak.

Jangan risau! Anda boleh mengatasi masalah ini dengan petua-petua tradisional berikut yang bukan sahaja mudah dan murah malah diperakui keberkesanannya jika diamalkan selalu.

SIRIH

Sirih juga merupakan antiseptik semulajadi yang cukup terkenal dan digunakan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita. Anda hanya perlu membersihkan daunnya dahulu kemudian direbus dalam anggaran satu setengah gelas air. Biarkan air rebusan sirih menjadi sejuk dan boleh digunakan untuk berkumur selepas selesai menggosok gigi. Selain dari itu, anda juga boleh merendamkan beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit dan minum air tersebut.

SERAI WANGI & KULIT LIMAU KASTURI



Serai wangi dan kulit limau kasturi sememangnya terbukti merupakan bahan alam semulajadi yang menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan. Ambil tiga batang serai wangi dan tiga biji kulit limau kasturi lalu tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga tiga per empat tinggi periuk itu dan kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

DAUN JAMBU BATU



Selain buah jambu batu yang enak dimakan, daunnya juga memberi manfaat yang berguna. Ambil lebih kurang lima belas helai daun jambu batu yang muda dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu masukkan daun yang telah lumat itu ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis air tersebut dan digunakan untuk berkumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

CENGKIH

Jangan ingat bunga cengkih hanya untuk memasak kari dan rendang. Ia juga boleh mengubati mulut dan nafas berbau. Rebuskan tiga atau lima kuntum bunga cengkih dalam air yang secukupnya atau anda juga boleh merendamkannya ke dalam segelas air suam selama 5 minit. Seperti biasa, air rebusan yang telah sejuk digunakan untuk berkumur dan amalkan di waktu pagi dan petang.

KULIT KAYU MANIS



Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya.

BUNGA LAWANG



Bunga lawang mengandungi sebatian bersifat antibakteria dan antikulat. Ia turut mengandungi linalool yang bersifat antioksida dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bunga lawang boleh direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama 5 minit. Minum air yang telah disejukkan atau anda juga boleh berkumur dengannya. Seperti biasa, amalkan 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Jika anda mahukan cara yang lebih senang, kunyah sahaja bunga lawang tersebut. Cara ini lebih mudah dan cepat.

TEH HIJAU & DAUN PUDINA 



Teh hijau dan daun pudina terbukti menghasilkan aroma yang harum dan menyenangkan. Daun pudina juga merupakan bahan semulajadi utama yang selalu digunakan dalam semua produk ubat gigi di seluruh dunia. Dengan minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.


sumber:Tupai.com

Bentuk otot '6 Pack' dengan makanan


Pastinya ramai jejaka menginginkan tubuh badan yang mengiurkan. Namun malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi berketul di satu tempat iaitu perut.

Namun jika anda mahu mempunyai badan yang sasa atau tegap, apa kata cuba amalkan tips di bawah ini; 

Peraturan harus dijaga
Pertamanya banyakkan minum air mineral dan sekurang-kurangnya tiga hingga empat liter setiap hari. Kemudian ambil 150 gram protein setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Janganlah menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori. Selepas pukul 11 malam elakkan mengambil makanan ringan.

Pemakan yang perlu diambil
Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. 

Pemakanan yang harus dielak
Jika anda sukakan minuman berkabonat, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah seteruk yang anda sangkakan. Yang penting elak mengambil minuman tinggi gula dan berkabonat pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elakkan juga makanan bergoreng, nasi putih dan roti putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman '3 in 1' dan juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

Tips ini ini tidak menggunakan belanja yang besar dan yang paling penting kenalah berdisplin. Selamat mencuba!!


sumber:Tupai.com

Tips cantik cara wanita Thailand


Wanita asia tidak asing lagi terbukti memiliki kecantikan semulajadi yang cukup menawan. Apatah lagi warisan nenek moyang kita banyak meninggalkan amalan-amalan kecantikan dan petua tradisional sebagai panduan sehari-hari.

Melihat kecantikan asli yang dimiliki wanita dari Thailand yang terkenal dengan gajah putihnya itu pasti membuatkan ramai yang cemburu. Mungkin negara itu cukup terkenal sebagai negara yang menawarkan khidmat pembedahan plastik dengan kos yang murah tetapi rata-rata wanita tempatan sememangnya memiliki kecantikan asli hasil amalan petua nenek moyang.

Mari kita lihat apakah amalan rahsia mereka sehingga memiliki kecantikan asli yang tiada tolok bandingnya.

BETIK



Wanita Thailand gemar menggunakan betik sebagai 'masker' untuk memberi kesan segar pada wajah. Betik mengandungi agen anti oksida dan kaya dengan khasiat semulajadi seperti vitamin C dan E. Kedua-dua jenis vitamin ini dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Betik juga membantu kulit menjadi cerah berseri dan bebas cela.

SANTAN KELAPA



Jangan ingat santan kelapa hanya digunakan dalam masakan sahaja. Kebijaksanaan wanita Thailand terserlah dengan bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa dengan mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain daripada untuk kulit, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam proses perawatan rambut. Ia membantu mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.

DIET PEMAKANAN



Diet yang sihat turut membantu wanita Thailand mendapatkan kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Fokus utama mereka dalam amalan diet pemakanan yang sihat ialah pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus. Sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

KUNYIT



Sama seperti betik, kunyit turut mengandungi agen anti oksida yang dapat melawan radikal bebas. Wanita tempatan Thailand mengamalkan mencuci muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Anda juga boleh amalkan sendiri. Basahkan tapak tangan dengan air dan ambil serbuk kunyit. Jadikannya sebagai skrub dengan menyapu pada wajah anda serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.

BERAS



Bercakap mengenai beras dan negara Thailand, anda pasti tahu akan produk kecantikan berasaskan susu beras dari Thailand yang terjual bak pisang goreng panas kini. Sememangnya beras terbukti mencantikkan dan menjadikan kulit wajah putih berseri. Inilah rahsia sebenar wanita Thailand apatah lagi negara itu merupakan pengeluar beras terbesar di Asia Tenggara. Wanita Thailand memproses sendiri secara tradisional beras tersebut sehingga menjadi susu dan digunakan untuk merawat kulit. Beras mengandungi vitamin E yang membantu memutihkan kulit wajah dan badan.

sumber:Tupai.com

Monday 9 September 2013

Cerahkan bibir gelap dengan mudah


Setiap wanita pastinya mahu bibir yang cerah dan merah kerana ia akan menjadikan rupa berseri dan tampak cantik daripada biasa. Namun kadang-kala bibir akan bertukar menjadi gelap dan kusam kerana beberapa faktor.

Antaranya adalah kerana merokok, minum kopi dan teh berlebihan, menggunakan gincu murah dan sebagainya.

Jika anda juga mempunyai masalah bibir gelap, jangan risau kerana kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk mencerahkan kembali bibir anda;

1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir.

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali.

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh.

7. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.

8. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kembali bibir yang cerah dan jelita. Selamat mencuba!


sumber:Tupai.com

Cara mudah untuk kekal awet muda


Untuk kelihatan awet muda bukannya sukar malah pelbagai cara yang boleh dilakukan, namun kadang-kala kesibukkan tugas harian membantutkan usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jika anda tidak mempunyai masa atau malas untuk bersenam, apa kata cuba beberapa tips dibawah ini untuk kekal awet muda;

Tidur
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah 6 – 8 jam setiap hari.

Cara berjalan
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk. Ada yang laju yang amat, ada yang perlahan yang sangat. Cuba berjalan tegak seperti berjalan menuruni tanah landai. Kalau anda berjalan turun bukit, pasti anda akan cuba tegakkan badankan? Berjalan tegak tapi tidak mendada. Berjalan juga senaman yang amat bagus untuk jantung.

Makan buah-buahan & sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan juga baik untuk badan. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati dan mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda!

Minum air
Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

Jangan merokok
Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Makan makanan seimbang
Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. Dinasihatkan supaya mengambil makanan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan.

Tangani tekanan & sentiasa berfikiran positif 
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan badan anda. Teorinya mudah sahaja, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Dan sentiasalah berfikir secara positif. Anda pasti akan berasa lebih tenang jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

sumber:Tupai.com

Tuesday 3 September 2013

5 panduan menjaga kulit muka


Usah biarkan masalah ini berlarutan. Masalah kulit yang dihidapi anda sedikit sebanyak akan mencacatkan solekan dan anda akan menyebabkan rasa rendah diri. Mungkin anda juga tidak mempunyai idea bagaimana cara yang betul untuk menjaga kulit bermasalah.

Cuba lihat tips di bawah, kami telah senaraikan panduan menjaga kulit mengikut masalah kulit anda. 

Panduan menjaga kulit kering 
1) Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu. 
2) Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata. 
3) Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit. 4) Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari. 
5) Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan. 

Panduan menjaga kulit sensitif 
1) Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk. 
2) Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda. 
3) Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
4) Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit. 

Panduan menjaga kulit berminyak 
1) Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu. 
2) Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif. 
3) Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik. 

Panduan menjaga kulit kombinasi
1) Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
2) Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

Panduan menjaga kulit berjerawat 
1) Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap. Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari. 
2) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. 3) Elakkan memicit jerawat pada muka anda. 

Selamat mencuba!

sumber:Tupai.com

Monday 2 September 2013

Rahsia disebalik air kencing unta


Sejak hampir 3000 tahun sebelum Masihi lagi unta amat terkenal dan disukai di kalangan masyarakat Arab kerana ia boleh dijadikan sebagai pengangkutan manusia dan barang. 

Tetapi mungkin anda semua tidak tahu yang bukan hanya daging dan susunya sahaja yang bermanfaat kepada manusia, malah air kencing unta turut mengandungi khasiat yang masih belum diketahui umum secara menyeluruh. 

Merawat kanser
Penyakit kanser terjadi apabila sel-sel badan manusia membahagi dengan cepat dan menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Kanser turut menyebabkan kerosakkan organ badan yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kajian pernah dilakukan kepada penghidap kanser dengan hanya memberi mereka minum susu unta yang dicampur sedikit air kencing unta tanpa makan selama 40 hari. Hasilnya pesakit sembuh sepenuhnya.

Dalam hasil tulisan oleh Ir. Muhammad Auhaj Muhammad, beliau menyimpulkan air kencing unta kaya dengan zat-zat seperti kalium, albumin dan magnesium yang tinggi serta sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.

Merawat rambut gugur
Air kencing unta yang masih muda juga boleh membantu merawat rambut gugur dengan cara menyapu air kencing pada rambut. Ia membantu memperkuatkan lagi akar rambut.

Merawat perut kembung
Perut kembung akibat oleh radang usus besar juga boleh dirawat dengan campuran susu dan air kencing unta. Ini kerana tambahan zat 'antibody' antara susu dan air kencing unta itu sendiri. Tambahan lagi susu unta juga mengandungi susunan asid amino yang hampir menyerupai susunan hormon insulin.

Sungguhpun air kencing unta merupakan najis, tetapi disebabkan oleh khasiat yang terkandung di dalamnya, terdapat beberapa pendapat yang digunakan bagi membolehkan penggunaannya untuk merawat penyakit. 

Berdasarkan Hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan Ahmad, Thabrani dan Thohawi, Rasullullah pernah bersabda bahawa air kencing unta dan susunya adalah ubat sakit untuk pencernaan dan ini menunjukkan kebolehan menggunakan air kencing unta bagi tujuan perubatan.

sumber:Tupai.com

5 makanan bantu anda tidur lena


Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.

Kacang almond



Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.

Teh hijau



Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.

Pisang



Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

Susu



Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

Sup miso



Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.

sumber:Tupai.com