Saturday 17 August 2013

Makan ikan cegah kanser payudara

MEMAKAN ikan dengan kerap boleh membantu kaum hawa mengurangkan risiko dijangkiti kanser payudara.


GOLONGAN hawa yang banyak mengambil asid lemak omega-3 dengan memakan ikan boleh mengurangkan risiko dijangkiti kanser payudara.
Penemuan itu diperoleh selepas sekumpulan penyelidik di China menganalisis 26 kajian antarabangsa yang melibatkan hampir 900,000 wanita dengan 20,000 daripadanya merupakan penghidap kanser payudara.
Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal British Medical Journal pada 27 Jun lalu.
Kajian itu mendapati pengambilan asid itu hanya berkesan untuk wanita di Asia.


sumber:kosmo online

Air suam diet paling murah


RUTIN meminum air suam adalah pilihan paling mudah dan murah untuk menurunkan berat badan.
Satu penyelidikan yang diketuai Prof. Brenda Davy dari Virginia Tech, Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati, minum air suam sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan.
“Individu dewasa yang mengamalkan rutin meminum dua gelas air suam sebelum makan akan kehilangan berat badan sekitar 1.81 kilogram lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air.
“Wanita yang meningkatkan pengambilan air berupaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding wanita yang hanya meminum kurang daripada satu liter air sehari.
“Keadaan itu berlaku kerana air suam dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan pengambilan kalori, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet,” kata Davy
Selain memberi rasa kenyang, air suam juga dikatakan boleh menurunkan risiko diabetes dan batu karang.
sumber:kosmo online